Assalamualaikum blogger-blogger sekalian .
Ada sesiapa tunggu saya update blog saya yang makin berhabuk ni tak ? Kalau ada tu sabar ye , saya ni 'busy' sikit atau dalam kata lain malas nak buka blog ni .
Hurm ... macam mana nak mula ye ? Ok! tak usah nak pening2 kan kepala , takyah terlalu formal . Jom baca entry saya ni .
Tengok tajuk tu .. MARAH ??? Marah ni perasaan yang positif or negatif ?? siapa boleh jawab ?
Errmmm ...
Orang tua-tua pernah kata, siapa yang suka marah-marah cepat tua . Pernah dengar tak ?? betul ke tak ek ?
Tapi .. macam mana pula dengan ayat "MARAH TANDA SAYANG" ? Pasti ada yang akan tersenyum bila ayat ini dizahirkan kerana ia melambangkan rasa cemburu yang berpunca dari rasa kasih .. kan...
Tapi , macam mana pula kalau ayat tersebut ditukar kepada ' marah2 semakin marah'?? Ya ! itulah realitinya . Manusia pada hari ini semakin tidak mengerti lagi kata sabar dalam konteks Islam sebenar. Ada yang marah-marah tidak tentu pasal dan ada juga yang marah dalam diam . Marah sebenarnya merupakan salah satu penyakit hati. Adakala marah boleh melegakan gundah dihati, namun apabila difikir-fikirkan kembali, marah ini hanya mengundang persepsi negatif orang ramai tentang diri kita. Betul tak ??
So, Fikir-fikirkan lah ye ~