-->
RUANG HATI...

Ahad, 21 Oktober 2012

#Marah itu emosi


Assalamualaikum blogger-blogger sekalian . 
Ada sesiapa tunggu saya update blog saya yang makin berhabuk ni tak ? Kalau ada tu sabar ye , saya ni 'busy' sikit atau dalam kata lain malas nak buka blog ni . 

Hurm ... macam mana nak mula ye ? Ok! tak usah nak pening2 kan kepala , takyah terlalu formal . Jom baca entry saya ni .

Tengok tajuk tu .. MARAH ??? Marah ni perasaan yang positif or negatif ?? siapa boleh jawab ?

Errmmm ...
Orang tua-tua pernah kata, siapa yang suka marah-marah cepat tua . Pernah dengar tak ?? betul ke tak ek ?
Tapi .. macam mana pula dengan ayat "MARAH TANDA SAYANG" ? Pasti ada yang akan tersenyum bila ayat ini dizahirkan kerana ia melambangkan rasa cemburu yang berpunca dari rasa kasih .. kan...

Tapi , macam mana pula kalau ayat tersebut ditukar kepada ' marah2 semakin marah'?? Ya ! itulah realitinya . Manusia pada hari ini semakin tidak mengerti lagi kata sabar dalam konteks Islam sebenar. Ada yang marah-marah tidak tentu pasal dan ada juga yang marah dalam diam . Marah sebenarnya merupakan salah satu penyakit hati. Adakala marah boleh melegakan gundah dihati, namun apabila difikir-fikirkan kembali, marah ini hanya mengundang persepsi negatif orang ramai tentang diri kita. Betul tak ??

So, Fikir-fikirkan lah ye ~



Dicatat oleh Siti Nur Fazira di 4:22 PTG 0 ulasan
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Isnin, 13 Ogos 2012

RAYA !!!


Assalamualaikum ...


Alhamdulillah ! bersua kita lagi di ruang hati ini . 

Pejam celik , ni minggu terakhir kita berpuasa kan ! Lebih kurang 5 ke 6 hari lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri .. 



SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR & BATIN


Bila sebut je nak raya , mesti ayat kat atas ni yang selalu kita dapat dari teman-teman , sahabat handai !
Tak kira la terima melalui apa , melalui SMS dan ada juga yang masih guna kan kad raya . Tapi bagi ucapan guna kad raya ni dah kurang dah saya tengok orang gunakan . Nak2 sekarang semua dah canggih ! Macam-macam laman sosial dah ada sekarang ni ; Facebook, Twitter , Myspace , dll . Semua sekarang dah makin mudah , semua dihujung jari je ! Lagi satu , jimat masa ! ye tak ? Tapi melalui apa tak la menjadi masalah , yang penting kita ikhlas bila meminta maaf dan memaafkan tu . Buang yang keruh, ambil yang jernih !

Hurm ...
Bila bercerita pasal sambutan hari raya ! Semua orang nak sambut dengan gilang gemilang kan . Persiapan hari raya ? WOW !! Kalau boleh semua nak ditukar . Ye la ! Raya kan setahun sekali ! Tapi berpada-pada la kan . Tak perlu lah sampai berhabis wang semata-mata nak nampak gah dihari raya atlast kena ikat perut lepas tu . ish3 , tak mau tak mau ! 

Tapi ... Disebalik kegembiraan tu , pasti ada juga terselit sedikit kesedihan kan . Hurm , entah la . Bila terkenang orang yang selama ni ada disisi kita dan pergi tinggalkan kita tanpa sempat sambut hari raya bersama , rasa sedih sangat ! Tahun ni sambut raya tanpa 'dia' ! Hurmm .... 
Harap dia bahagia sekarang ! Selamat Hari Raya 'Sayang' !! Saya mohon maaf atas kesilapan yang pernah saya lakukan selama ni !! 


Biar hati sejernih air ,
Jangan pula dipenuhi lumpuh ,
Kalau salah saya belum berakhir ,
Harap diampun dengan rasa bersyukur .

Jika budi dipenuhi ikhlas ,
Jangan ia disulam tuba ,
Jika ada salah yang belum dibalas ,
Harap diampun dihari raya .

Biar amarah disunting senyum ,
Ibarat pekerti disulam kasih ,
Harap dihalal makan dan minum ,
Ibarat rezeki yang tidak disisih .




Salam Aidilfitri untuk semua

Dicatat oleh Siti Nur Fazira di 6:10 PTG 0 ulasan
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Khamis, 9 Ogos 2012

PUASA a.k.a Malam LailatulQadar


Assalamualaikum ...

Alhamdulillah , hari ni kita dah jalani ibadah puasa yang ke-20 . Hanya tinggal 10 hari lagi bulan Ramadhan akan berakhir . Masa ni mesti ramai yang sibuk dengan persiapan hari raya kan .. Nak beli baju baru la , nak hias rumah , nak buat kuih , macam-macam la . 
Tapi , ingatkah kita dalam 10 malam terakhir bulan Ramadhan ni , ada terselit malam yang dikatakan seperti malam seribu bulan , iaitu Malam LailatulQadar .. Kita taknak ke bertemu dengan malam tersebut ! Mesti semua nak kannn... Takkan ada seorang pon yang akan cakap "TAKNAK"! betul tak ? 
Tapi , cukup ke amalan kita nak bertemu dengan malam tersebut ?! itu biar Allah sahaja yang menilai . Kita sebagai hamba-Nya wajib mengerjakan segala suruhan-Nya dan meningkatkan lagi amalan kita di bulan yang mulia ni .
Bukan lah saya cakap , tak boleh nak menyediakan persiapan hari raya ! tapi, berpada-pada la . Jangan sampai kita leka dengan segala macam persiapan hari raya , kita lupa untuk melakukan amalan ! nak2 dibulan ramadhan ni ! Pahala berlipat kali ganda tau !!! Haaa .. Jangan lepaskan peluang!!!
Dan mari kita sama-sama kejar untuk dapatkan cahaya di Malam LailatulQadar tu . 

Alhamdulillah !

#SELAMAT BERPUASA !!!

Dicatat oleh Siti Nur Fazira di 2:21 PTG 0 ulasan
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Rabu, 8 Ogos 2012

RINDU



Assalamualaikum ...




Tiga perkara yang buatkan kita rindu :


BERPISAH, KEHILANGAN, BERJAUHAN

Dalam hidup kita ni sentiasa dihujani dengan ujian dan cabaran .
Kita kena faham , Allah tidak pernah memberi apa yang kita mahu ,
tapi Dia memberi apa yang kita perlu .
Dengan segala rahmat dan kasih sayang dari-Nya .. Perpisahan, Kehilangan dan Berjauhan itu pasti terselit hikmah tersendiri .



BERPISAH, KEHILANGAN, BERJAUHAN

Ini dah lumrah dalam kehidupan kita . Dah selalu dah dengar orang cakap , " Setiap pertemuan tu pasti ada perpisahan " . Ya ! saya tahu itu . Terlalu banyak peristiwa yang dah saya lalui dan menghadapi tiga perkara itu .. Sedih ?? Normal lah , bohonglah kalau tak ada sedikit pun rasa sedih dalam hati ni bila berpisah dan berjauhan dengan orang yang kita sayang . Tapi , apa boleh buat ! dah itu suratan Ilahi .


#Ramai sangat orang yang saya rindu sekarang ni . Makin jauh kaki saya melangkah , makin ramai orang yang saya temui , dan ia selalu berakhir dengan tiga perkara tersebut !






Saya rindu sesiapa pun yang pernah hadir dalam hidup saya !!!
#Susah nak mention , terlalu ramai ..
Yang penting saya sayang mereka !






Dicatat oleh Siti Nur Fazira di 10:09 PG 0 ulasan
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Selasa, 7 Ogos 2012

Lakaran Kehidupan


Assalamualaikum ...
Mari semua , baca entry saya ni .. 
Saya nak cerita tentang kehidupan yang selama ni kita lalui ..


Hurmm ..
Dalam kehidupan ni, kita sering diberi pilihan untuk memilih sesuatu dalam perjalanan hidup kita kan .
Selalu je kita terasa ada kesilapan dalam mencari sesuatu yang kita inginkan . Kadang-kadang kita salah membuat perhitungan sehinggakan kita terasa derita atas pilihan yang kita buat .. Betul tak ?
Tak mungkin kita dapat undur kembali masa tu dan membuat pilihan semula seolah-olah kita mampu mengubahnya , mampu untuk mencorakkannya semula sesuai dengan kemahuan kita .

Semua orang pernah lakukan kesilapan . Kadang kesilapan dalam memilih satu keputusan yang berat yang telah mengubah masa hidup kita . Kadang dengan hanya kesilapan kecil saja boleh mengubah segala kehidupan kita . 

Yang benar kini , kita berdiri sekarang adalah dalam realiti . Bukan dalam bayang-bayang sendiri . Manusia yang takutkan realiti umpama seorang yang tiada pegangan diri dalam mengejar impian .


Dicatat oleh Siti Nur Fazira di 10:08 PTG 0 ulasan
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

#7.8.2012

Assalamualaikum blogger2 semua ...

Mesti ramai tertunggu-tunggu saya update blog ni kan (Ada ke?) 
Sekian lama saya tak hadir untuk meng-update blog saya ni . Sekarang pada 7 Ogos 2012, saya muncul semula untuk aktif dalam dunia BLOG!!! 

Selama hampir setahun saya menyepi , bermacam-macam peristiwa yang telah saya lalui . ada manis , tak kurang juga yang pahit .. Tapi itu dah memang lumrah kehidupan untuk saya terus bangkit meneruskan kehidupan di dunia ini .


Hurm , tapi peristiwa yang pahit tu saya simpan sebagai memori dalam kehidupan saya . Biarlah perkara-perkara yang baik sahaja saya kongsi bersama kalian .


Last update saya , tentang STPM .. Sekarang result pun dah lama revealed .. Alhamdulillah , berkat usaha , doa dan sokongan dari keluarga , saya berjaya mendapat keputusan yang agak baik walaupun tak sehebat kawan-kawan saya yang mendapat keputusan yang lebih cemerlang . Saya berjaya mendapat keputusan CGPA 3.0 . ALHAMDULILLAH . 

Dan dengan keputusan tu , saya berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah . Lagi sekali kata syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T .. Saya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara bagi jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) . InsyaAllah saya akan mula pengajian saya pada 1 September 2012 .








Dicatat oleh Siti Nur Fazira di 12:45 PTG 0 ulasan
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Ulasan (Atom)

Pelawat

Hargai Masa

Mengenai Saya

Siti Nur Fazira
Melaka, Melaka, Malaysia
Lihat profil lengkap saya

My Posts

  • ▼  2012 (6)
    • ▼  Oktober (1)
      • #Marah itu emosi
    • ►  Ogos (5)
      • RAYA !!!
      • PUASA a.k.a Malam LailatulQadar
      • RINDU
      • Lakaran Kehidupan
      • #7.8.2012
  • ►  2011 (12)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (3)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)

Pengikut

My Playlists


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Facebook

Fazira Abu Samah

Reka Lencana Anda
Follow @FaziraAbuSamah

Twitter







Dikuasakan oleh Blogger.