Selasa, 7 Ogos 2012

#7.8.2012

Assalamualaikum blogger2 semua ...

Mesti ramai tertunggu-tunggu saya update blog ni kan (Ada ke?) 
Sekian lama saya tak hadir untuk meng-update blog saya ni . Sekarang pada 7 Ogos 2012, saya muncul semula untuk aktif dalam dunia BLOG!!! 

Selama hampir setahun saya menyepi , bermacam-macam peristiwa yang telah saya lalui . ada manis , tak kurang juga yang pahit .. Tapi itu dah memang lumrah kehidupan untuk saya terus bangkit meneruskan kehidupan di dunia ini .


Hurm , tapi peristiwa yang pahit tu saya simpan sebagai memori dalam kehidupan saya . Biarlah perkara-perkara yang baik sahaja saya kongsi bersama kalian .


Last update saya , tentang STPM .. Sekarang result pun dah lama revealed .. Alhamdulillah , berkat usaha , doa dan sokongan dari keluarga , saya berjaya mendapat keputusan yang agak baik walaupun tak sehebat kawan-kawan saya yang mendapat keputusan yang lebih cemerlang . Saya berjaya mendapat keputusan CGPA 3.0 . ALHAMDULILLAH . 

Dan dengan keputusan tu , saya berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah . Lagi sekali kata syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T .. Saya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara bagi jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) . InsyaAllah saya akan mula pengajian saya pada 1 September 2012 .








Tiada ulasan:

Catat Ulasan