Isnin, 13 Ogos 2012

RAYA !!!


Assalamualaikum ...


Alhamdulillah ! bersua kita lagi di ruang hati ini . 

Pejam celik , ni minggu terakhir kita berpuasa kan ! Lebih kurang 5 ke 6 hari lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri .. 



SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR & BATIN


Bila sebut je nak raya , mesti ayat kat atas ni yang selalu kita dapat dari teman-teman , sahabat handai !
Tak kira la terima melalui apa , melalui SMS dan ada juga yang masih guna kan kad raya . Tapi bagi ucapan guna kad raya ni dah kurang dah saya tengok orang gunakan . Nak2 sekarang semua dah canggih ! Macam-macam laman sosial dah ada sekarang ni ; Facebook, Twitter , Myspace , dll . Semua sekarang dah makin mudah , semua dihujung jari je ! Lagi satu , jimat masa ! ye tak ? Tapi melalui apa tak la menjadi masalah , yang penting kita ikhlas bila meminta maaf dan memaafkan tu . Buang yang keruh, ambil yang jernih !

Hurm ...
Bila bercerita pasal sambutan hari raya ! Semua orang nak sambut dengan gilang gemilang kan . Persiapan hari raya ? WOW !! Kalau boleh semua nak ditukar . Ye la ! Raya kan setahun sekali ! Tapi berpada-pada la kan . Tak perlu lah sampai berhabis wang semata-mata nak nampak gah dihari raya atlast kena ikat perut lepas tu . ish3 , tak mau tak mau ! 

Tapi ... Disebalik kegembiraan tu , pasti ada juga terselit sedikit kesedihan kan . Hurm , entah la . Bila terkenang orang yang selama ni ada disisi kita dan pergi tinggalkan kita tanpa sempat sambut hari raya bersama , rasa sedih sangat ! Tahun ni sambut raya tanpa 'dia' ! Hurmm .... 
Harap dia bahagia sekarang ! Selamat Hari Raya 'Sayang' !! Saya mohon maaf atas kesilapan yang pernah saya lakukan selama ni !! 


Biar hati sejernih air ,
Jangan pula dipenuhi lumpuh ,
Kalau salah saya belum berakhir ,
Harap diampun dengan rasa bersyukur .

Jika budi dipenuhi ikhlas ,
Jangan ia disulam tuba ,
Jika ada salah yang belum dibalas ,
Harap diampun dihari raya .

Biar amarah disunting senyum ,
Ibarat pekerti disulam kasih ,
Harap dihalal makan dan minum ,
Ibarat rezeki yang tidak disisih .




Salam Aidilfitri untuk semua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan