Khamis, 9 Ogos 2012

PUASA a.k.a Malam LailatulQadar


Assalamualaikum ...

Alhamdulillah , hari ni kita dah jalani ibadah puasa yang ke-20 . Hanya tinggal 10 hari lagi bulan Ramadhan akan berakhir . Masa ni mesti ramai yang sibuk dengan persiapan hari raya kan .. Nak beli baju baru la , nak hias rumah , nak buat kuih , macam-macam la . 
Tapi , ingatkah kita dalam 10 malam terakhir bulan Ramadhan ni , ada terselit malam yang dikatakan seperti malam seribu bulan , iaitu Malam LailatulQadar .. Kita taknak ke bertemu dengan malam tersebut ! Mesti semua nak kannn... Takkan ada seorang pon yang akan cakap "TAKNAK"! betul tak ? 
Tapi , cukup ke amalan kita nak bertemu dengan malam tersebut ?! itu biar Allah sahaja yang menilai . Kita sebagai hamba-Nya wajib mengerjakan segala suruhan-Nya dan meningkatkan lagi amalan kita di bulan yang mulia ni .
Bukan lah saya cakap , tak boleh nak menyediakan persiapan hari raya ! tapi, berpada-pada la . Jangan sampai kita leka dengan segala macam persiapan hari raya , kita lupa untuk melakukan amalan ! nak2 dibulan ramadhan ni ! Pahala berlipat kali ganda tau !!! Haaa .. Jangan lepaskan peluang!!!
Dan mari kita sama-sama kejar untuk dapatkan cahaya di Malam LailatulQadar tu . 

Alhamdulillah !

#SELAMAT BERPUASA !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan