-->
RUANG HATI...

Jumaat, 1 April 2011

APRIL FOOL.... (-_-)...

Setiap kali muncul tarikh 1 April, rakyat negara ini termasuk umat Islam beriya-iya menyambut April Fool dengan menggemparkan sanak saudara dan rakan taulan.

Selain 'Hari Valentine' yang sudah sinonim dengan masyarakat Islam negara ini tetapi lebih kepada soal berkasih-sayang, 'April Fool' pula menjurus kepada berseloroh.

Bagaimanapun, ada cerita sedih kepada masyarakat Islam di sebalik April Fool yang perlu dijadikan renungan dan dihentikan sambutannya. Adalah dipercayai sambutan April Fool mula dirayakan ketika kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol.

Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol, justeru, mereka membuat helah. Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan.

Orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam.

Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar. Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai April Fool's Day...

Jadi, sedarlah umat Islam semua.... KATAKAN TIDAK KEPADA APRIL FOOL.... 
Dicatat oleh Siti Nur Fazira di 5:23 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Pelawat

Hargai Masa

Mengenai Saya

Siti Nur Fazira
Melaka, Melaka, Malaysia
Lihat profil lengkap saya

My Posts

  • ►  2012 (6)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  Ogos (5)
  • ▼  2011 (12)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (3)
    • ▼  April (3)
      • DILAMUN RINDU
      • CUTI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.. (^_^)
      • APRIL FOOL.... (-_-)...
    • ►  Mac (1)

Pengikut

My Playlists


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Facebook

Fazira Abu Samah

Reka Lencana Anda
Follow @FaziraAbuSamah

Twitter







Dikuasakan oleh Blogger.